Google

PHOTO ALBUM BPC

Saturday, February 10, 2007

Feeling Bored Doing Assignments..

Click on this website and download funny clips...
http://www.funtoosh.com/

Have fun...
try this...
C4 - The Dancing Car

LATIHAN INDUSTRI FULL INFORMATION DOWNLOADABLE


Dear 3BPC's Students,

Now u can download all the information about our LATIHAN INDUSTRI HERE..

I compiled all the info into one file so that easy for u to download.. below are the informations include in the file :

  1. Cadangan Nama Tempat Latihan Industri (Kontraktor Binaan).
  2. Cadangan Nama Tempat Latihan Industri (Pemaju).
  3. Cadangan Nama Tempat Latihan Industri (Sektor Kerajaan).
  4. Database Tempat LI Pelajar Pembinaan (3 BPC) - 2007.
  5. Format Resume (BI)
  6. MAKLUMAT TERKINI LATIHAN INDUSTRI
  7. Skop LI Pelajar Program Pembinaan.
  8. Skop Tugas Pelajar Latihan Industri Program Pembinaan.

so, u dont have to go to e-learning (blackboard 6) in UTHM website.. i know that some of u guys never go blackboard 6 even once.. hahahaha!! so i gave u this oppurtunity to download all the info here..

DOWNLOAD LI INFO

Friday, February 9, 2007

Singapura tarik balik larangan perjudian kasino
semata-mata nak tarik pelancong..
Para operator kasino di Las Vegas dilaporkan berebut-rebut mengembangkan perniagaan di Asia berikutan meningkatnya golongan jutawan dan pengguna kelas menengah.


PENGERUSI Las Vegas Sands, Sheldon Adelson (kiri) bersama Menteri Pembangunan Singapura, Mah Bow Tang (dua dari kiri) melihat model projek kasino, yang dijangka siap tahun 2008, pada majlis perasmian kerja-kerja pembinaan di Singapura, semalam. – AFP.

Senyum Kambing 9/2/2007

Senyum Kambing 8/2/2007

Kelebihan `universiti kolej' berbanding `universiti'

Utusan 7.01.05

Kelebihan `universiti kolej' berbanding `universiti'

SEBILANGAN pelajar tidak menyukai nama `kolej universiti' berbanding dengan `universiti' seolah-olah kolej universiti itu sama taraf dengan kolej pengajian yang nilainya kurang dari sebuah universiti.

Ada juga yang memasuki `universiti' mengejek rakan-rakannya yang memasuki `kolej universiti' dengan kata-kata: "Ah, kau hanya masuki kolej universiti yang tidak setaraf dengan universiti."

Malangnya, pelajar yang memasuki `kolej universiti' tidak mempunyai hujah untuk menjawab balik, dan dengan itu mengakui kenyataan rakannya tadi benar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh sebaliknya berkata, dari segi taraf universiti dengan kolej universiti tidak ada bezanya kerana kedua-duanya dinaungi oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Dengan kata lain, kata Dr Shafie, kedua-dua jenis universiti itu adalah universiti penuh yang sepatutnya tidak berbangkit yang mana satu `inferiority' kepada yang satu lagi.

Kini terdapat 11 universiti dan enam kolej universiti di negara kita. Yang membezakan nama itu dari segi saiz atau populasi pelajar. Dalam norma antarabangsa, universiti kolej biasanya bilangan pelajar kurang dari 10,000 pelajar, manakala universiti penuh mempunyai bilangan yang melebihi 10,000.

Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) bilangannya melebihi 20,000 pelajar tetapi bilangan univeriti muda seperti Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM), Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) hanyalah kurang 10,000 pelajar.

Bilangan profesor nisbah dengan pelajar di kolej universiti atau universiti hampir sama, malah ada sesetengahnya kolej universiti lebih ramai profesor di nisbah dengan populasi pelajar.

Oleh itu, dari segi kualiti pengajian kolej universiti lebih baik daripada universiti jika bilangan kualiti pensyarah lebih baik iaitu bilangan profesor nisbah populasi pelajar lebih besar.

Kebanyakan pensyarah di kolej universiti adalah pensyarah berpengalaman dari universiti tua yang dipinjamkan atau diserapkan menjadi kakitangan kolej universiti, bukannya pensyarah muda yang baru bergraduat.

Universiti baru selalunya menjadi harapan baru bagi pihak atasan, seperti juga seorang ayah yang akan menjaga lebih teliti seorang bayi berbanding dengan anaknya yang lebih dewasa.

Bagi pentadibir universiti berkenaan, mereka juga ingin menunjukkan kepada masyarakat betapa kolej universiti berkenaan lebih baik daripada universiti tua yang lain.

Orang tua biasanya akan berbangga dengan nostalgia dan mahu mengekalkan status quo, sedangkan anak-anak muda biasanya lebih kreatif untuk mencipta sejarah kejayaan baru.

Selain itu, peluang pekerjaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di kolej universiti mungkin sahaja lebih baik kerana kolej universiti menjalinkan kerjasama yang akrab dengan industri, seperti mana model pengajian tinggi di Jerman.

Beberapa tahun lagi, bukti akan muncul, iaitu sebaik sahaja graduan kolej universiti cepat disambar majikan, pelajar kolej universiti tidak perlu merendah diri, tetapi boleh melihat penganggur sebenarnya datang dari universiti tua. - Putrajaya

Perkataan kolej universiti beberapa IPTA digugur

Petikan Utusan Malaysia 03/06/2006

Perkataan kolej universiti beberapa IPTA digugur

PUTRAJAYA 2 Jun - Kerajaan mengambil keputusan untuk menggugurkan perkataan kolej universiti pada beberapa insitusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya ia setaraf dengan universiti-universiti awam yang sedia ada.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, langkah tersebut sejajar dengan perkembangan IPTA berkenaan yang akan menjadi lebih besar berikutan penambahan bilangan kursus yang ditawarkan.

``Dari segi kemasukan ke kolej universiti itu juga kita gunakan lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan matrikulasi.

``Jadi kita terima untuk meletakkannya sama taraf dengan universiti sedia ada,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis ringkas penyampaian surat tawaran menaik taraf tiga buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) daripada kolej kepada kolej universiti di pejabatnya di sini hari ini.

Ketika ini terdapat lima IPTA yang bertaraf kolej universiti iaitu Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM), Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).

Mustapa bagaimanapun menyatakan, beberapa perkara teknikal masih lagi diperhalusi dengan Peguam Negara (AG) sebelum langkah tersebut dapat dimuktamadkan.

Now Showing in Summit Bt Pahat..

Thursday, February 8, 2007

kata-kata hikmah 8/2/07

" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

Kisah 5 Perkara Aneh

Kisah 5 Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Stand Up & Fight it...

Failure..

Failure doesn't mean - You are a failure, It means - You have not succeeded

Failure doesn't mean - You accomplished nothing, It means - You have learned something

Failure doesn't mean - That you have been a fool, It means - You had a lot of faith.

Failure doesn't mean - You've been disgraced., It means -You were willing to try

Failure doesn't mean - You don't have it, It means - You have to do something in a different way.

Failure doesn't mean - You are inferior, It means - You are not perfect.

Failure doesn't mean - You've wasted your life, It means - You have a reason to start afresh

Failure doesn't mean - You should give up, It means - You must try harder

Failure doesn't mean - You'll never make it, It means - It will take a little longer

good luck for me to...

GOOD LUCK FOR ME!


My tesis topic to present....

Wednesday, February 7, 2007

The Few Good Men...


Tajuk-Tajuk Muka Hadapan Akhbar 7/2/07

Berita Harian

Polis trafik, JPJ menyamar
PUTRAJAYA: Polis trafik dan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyamar dengan berpakaian preman dan menggunakan kenderaan biasa sebagai strategi baru dalam Ops Sikap XII sempena cuti Tahun Baru Cina, bermula Ahad ini. berita penuh


Ringgit lepasi paras RM3.50 kepada dolar
KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengukuh untuk melepasi paras RM3.50 kepada dolar Amerika Syarikat (AS) semalam, iaitu nilai tertingginya dalam tempoh sembilan tahun. berita penuh


Utusan

Hukum juga ‘si bapa’ -- Cadangan KPN bagi membendung perbuatan buang bayi
KUALA LUMPUR 6 Feb. – ‘Bapa’ kepada bayi yang dibuang perlu dikenakan hukuman setimpal sama seperti wanita yang melakukan kesalahan itu sebagai usaha membendung perbuatan kejam tersebut.

Utamakan keselamatan – PM
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahamd Badawi menggesa majikan dan pekerja di semua peringkat agar memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.


Metro





Support Info